Sony Xperia XA - Tetapan skrin

background image

Tetapan skrin

Untuk melaraskan kecerahan skrin

1

Dari skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Paparan > Tahap kecerahan.

3

Seret penggelangsar untuk melaraskan kecerahan.

Merendahkan tahap kecerahan meningkatkan prestasi bateri.

Untuk menetapkan skrin agar bergetar apabila disentuh

1

Dari skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Bunyi lain.

3

Seret penggelangsar di sebelah

Bergetar pada sentuhan ke kanan. Kini, skrin

bergetar apabila anda mengetik kekunci lembut dan aplikasi tertentu.

Untuk melaraskan masa melahu sebelum skrin dimatikan

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Paparan > Tidur.

3

Pilih pilihan.

Untuk mematikan skrin dengan cepat, tekan sebentar kekunci kuasa .

58

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Kawalan cahaya latar pintar

Kawalan cahaya latar pintar memastikan skrin dihidupkan selagi peranti dipegang.

Sebaik sahaja anda meletakkan peranti, skrin dimatikan mengikut tetapan tidur.

Untuk menghidupkan fungsi kawalan cahaya latar Pintar

1

Dari skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Paparan > Kawalan cahaya latar pintar.

3

Seret penggelangsar ke kanan.

Sematan skrin

Gunakan sematan skrin untuk menetapkan peranti anda supaya memaparkan skrin

aplikasi tertentu sahaja. Sebagai contoh, jika anda bermain sesuatu permainan dan anda

tersentuh kekunci navigasi Skrin Utama secara tidak sengaja, ciri sematan skrin

menghalang skrin aplikasi permainan aktif daripada diminimumkan. Anda boleh

menggunakan ciri ini juga apabila anda meminjamkan peranti kepada orang lain untuk

menyukarkan mereka mengakses lebih daripada satu aplikasi. Sebagai contoh, anda

boleh meminjamkan peranti anda kepada seseorang untuk mengambil foto dan

mengepin skrin pada aplikasi Kamera supaya orang itu tidak boleh menggunakan

aplikasi lain seperti E-mel dengan mudah.

Sematan skrin bukan ciri keselamatan dan tidak menghalang pengguna lain daripada

menyahsemat skrin dan mengakses peranti anda dengan sepenuhnya. Untuk melindungi data

anda, anda perlu menetapkan peranti anda supaya meminta PIN kunci, kata laluan atau corak

skrin sebelum seseorang boleh menyahsemat skrin.

Untuk mengaktifkan sematan skrin

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Pengepinan skrin.

3

Seret penggelongsor ke kanan.

4

Jika anda tidak menyediakan corak, PIN atau kata laluan kunci skrin pada peranti

anda, seret penggelongsor di sebelah

Kunci peranti semasa menyahsemat ke

kanan dan kemudian, buat pilihan. Jika anda sudah mempunyai kunci skrin yang

didayakan, kemudian seret penggelongsor untuk mengaktifkan pilihan

keselamatan berkaitan selepas anda mengaktifkan penyematan skrin.

Corak, PIN atau kata laluan tidak wajib untuk penyematan skrin berfungsi.

Untuk mengepin skrin

1

Pastikan sematan skrin diaktifkan pada peranti anda.

2

Buka aplikasi dan pergi ke skrin yang anda mahu pinkan.

3

Ketik .

4

Untuk memaparkan ikon pengepinan skrin , leret ke atas.

5

Ketik .

6

Dalam tetingkap timbul yang muncul, ketik

Faham.

Untuk membuka pin skrin

1

Pada skrin yang dipinkan, sentuh terus dan pada masa yang sama.

2

Lepaskan kedua-dua butang.

Jika anda memilih pilihan keselamatan apabila anda mengaktifkan fungsi pengepinan skrin,

anda perlu memasukkan corak, PIN atau kata laluan anda untuk membuka kunci peranti

sebelum pin pada skrin boleh dibuka.