Menggunakan perkhidmatan lokasi
Perkhidmatan lokasi membolehkan aplikasi seperti Peta dan kamera menggunakan
maklumat daripada rangkaian mudah alih dan Wi-Fi serta maklumat Sistem Kedudukan
Sejagat (GPS) untuk menentukan kedudukan anggaran anda. Jika anda tidak berada
dalam garisan penglihatan jelas satelit GPS, peranti anda boleh menentukan lokasi anda
menggunakan fungsi Wi-Fi. Dan jika anda tidak berada dalam liputan rangkaian Wi-Fi,
peranti anda boleh menentukan lokasi anda menggunakan rangkaian mudah alih anda.
Bagi menggunakan peranti anda untuk mencari lokasi anda, anda perlu mendayakan
perkhidmatan lokasi.
Anda mungkin dikenakan caj sambungan data apabila anda bersambung ke Internet dari
peranti anda.
Untuk mendayakan atau melumpuhkan perkhidmatan lokasi
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Lokasi, kemudian ketik suis hidup-mati sewajarnya
untuk mendayakan atau melumpuhkan perkhidmatan lokasi.
3
Jika anda memilih untuk mendayakan perkhidmatan lokasi dalam langkah 2, ketik
Setuju untuk mengesahkan.
Memperbaik ketepatan GPS
Kali pertama anda menggunakan fungsi GPS dalam peranti anda, ia boleh mengambil
masa beberapa minit untuk lokasi anda ditemui. Untuk membantu carian, pastikan anda
mempunyai pandangan langit yang jelas. Berdiri tegak dan jangan lindungi antena GPS
(kawasan yang diserlahkan dalam imej). Isyarat GPS boleh melepasi awan dan plastik,
tetapi tidak melalui objek pejal seperti bangunan dan gunung. Jika lokasi anda tidak
dijumpai selepas beberapa minit, bergerak ke lokasi lain.