Widget
Widget adalah aplikasi kecil yang anda boleh gunakan secara terus pada skrin Utama
anda. Ia juga berfungsi sebagai jalan pintas. Sebagai contoh, widget Cuaca
membolehkan anda melihat maklumat cuaca asas terus pada skrin Utama anda. Tetapi
apabila anda ketik widget, aplikasi Cuaca penuh terbuka. Anda boleh memuat turun
widget tambahan daripada Google Play™.
Untuk menambah widget ke Skrin utama
1
Sentuh terus satu kawasan kosong pada Skrin laman utama anda sehingga
peranti bergetar, kemudian ketik
Widget.
2
Cari dan ketik widget yang anda ingin tambahkan.
Untuk mensaiz semula widget
1
Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian
lepaskan widget. Jika widget boleh disaiz semula, contohnya, widget Kalendar
maka bingkai yang diserlahkan dan titik saiz semula kelihatan.
2
Seret titik ke dalam atau keluar untuk mengecilkan atau mengembang widget.
3
Untuk mengesahkan saiz baru widget, ketik di mana-mana pada Skrin laman
utama.
Untuk memindahkan widget
•
Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian
seretnya ke lokasi baru.
Untuk mengalih keluarkan widget
•
Sentuh terus widget sehingga dipilih, kemudian seretnya ke
Alih keluar dari skrin
laman utama.