Sony Xperia XA - Menyunting video dengan aplikasi Penyunting video

background image

Menyunting video dengan aplikasi Penyunting video

Anda boleh menyunting video yang telah anda rakam dengan kamera anda. Sebagai

contoh, anda boleh memangkas video mengikut panjang yang diingini atau melaras

kelajuan video. Selepas anda menyimpan video yang disunting, versi asal video yang

tidak ditukar kekal pada peranti anda.

Untuk memotong video

1

Dalam Album, cari dan ketik video yang hendak dimainkan.

2

Ketik skrin untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik >

Potong.

3

Untuk mengalihkan bingkai potongan ke bahagian lain garis masa, sentuh dan

tahan sisi bingkai potongan dan seret ke kedudukan yang dikehendaki, kemudian

ketik

Guna.

4

Untuk menyimpan salinan video yang dipotong, ketik

Simpan.

Untuk melaraskan kelajuan video

1

Dalam Album, cari dan ketik video yang hendak dimainkan.

2

Ketik skrin untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik >

Kelajuan.

3

Buat pilihan, kemudian sentuh dan tahan sisi garis masa dan seret ke kedudukan

yang diingini dan ketik

Guna.

4

Untuk menyimpan salinan video yang disunting, ketik

Simpan.

Untuk menangkap foto daripada video

1

Dalam Album, cari dan ketik video yang ingin anda mainkan.

2

Ketik skrin untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik >

Tangkapan Foto.

3

Untuk mengalihkan penanda kedudukan ke bahagian lain garis masa, seret

penanda bar kemajuan ke kedudukan yang dikehendaki, kemudian ketik

Simpan.